Friday 14 September 2012

Susu Ibu Yang Terbaik

Huh, mmg raya sakan sampai blog pun x update. Arini nekad nak update jgk klu x, xleh lena.. Yela, siang kerja,mlm melayan karenah si kecik,kena siapkan brg2 baby tuk antar rumah BS, masak lg, klu x pandai curi masa sampai ke sudah la xsempat nk jenguk blog. Tu belum cerita safiya buat perangai. Mmg dengan dia jela aku melekat.

Ok teruskan dgn tajuk kita arini. Aku ni obses ckit bila bab susu untuk Safiya. Sebolehnya aku nak BF sampai ckup 2 thn. Aku nak ikut sepertimana Firman Allah SWT :

Allah berfirman:

{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }

Maksudnya: “Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah Al-Ahqaf 46:15)

Ada paham ke, macam ni kebanyakan bayi lahir lengkap 9 bulan dalam kandungan, jadi tempoh penyusuannya 30-9 = 21 bulan (kurang dua tahun). Sila baca penjelasan di bawah :

Firman Allah selanjutnya:

{ وَالْوَلِدَتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ }

Maksudnya: “Ðan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah Al-Baqarah 2: 233).

Aku bersalin kat HUKM, mmg digalakkan menyusu susu ibu sahaja. Kalau staff dia nampak ada susu FM ke 'puting' ke mmg kena bebel. Nasib baik safiya jenis yang pandai hisap dari dia lahir. Eh jgn xtau ada baby yg xpandai hisap, menangis la lapar bila xdapat susu.

Sumber2 juga ada mengatakan adalah baik jika kita tidak memberikan bayi makanan selain susu ibu bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya. Selepas itu, baru boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.

Nabi Muhammad saw juga telah disusukan oleh ibunya Aminah, Thuwaybah (hamba kepada Abu Lahab), Ummu Aiman dan Halimah As-Sa'diyyah. Manakala anak lelaki baginda juga telah disusukan. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Bara (bin Azib) anak lelaki baginda, Ibrahim telah disusukan sehingga berumur 22 bulan dan kemudian meninggal dunia dan masih ada baki 2 bulan bagi mencukupkan tempoh penyusuannya. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw telah berkata bahawa akan ada penyusuan baginya di syurga. Sungguh Rasulullah juga menitik beratkan penyusuan susu ibu..

Lihatlah sendiri betapa pentingnya penyusuan susu ibu itu sehingga Allah telah beberapa kali berfirman dalam Al-Quran mengenai kewajipan seorang ibu menyusukan bayinya. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Ia memberikan segala keperluan nutrisi bayi, bersih dan bebas dari kuman serta tersedia pada suhu yang sesuai. Susu ibu juga mudah dihadam dan mengandungi antibodi yang diperlukan oleh bayi malah belum pernah ada seorang bayi pun yang dilaporkan menunjukkan reaksi alergi pada susu ibunya sendiri. Susu ibu telah dicipta oleh Allah sebagai satu sumber makanan yang sempurna bagi keperluan tumbesaran bayi. Selain itu, bayi yang disusukan juga mempunyai sistem ketahanan daripada penyakit yang lebih baik, seterusnya kurang mendapat penyakit.

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. So sweet kan..hehehe..

Alhamdulillah setakat ni aku masih meneruskan penyusuan susu ibu, insyaallah akan diteruskan selagi susu cukup utk baby Safiya sampi dapat degree. Amin...

Untuk ibu2 diluar sana cubalah sebaiknya selagi kita mampu. Selain mengeratkan hubungan ibu dan bayi dapat pahala yang amat besar tau..anak pun sihat. Bkn nak cakap kosong, anakku dari lahir sampai arini dh 4 bln lebih, xpenah kena demam even lepas kena suntik. Selamat menyusu mommies....

Saturday 1 September 2012

Raya & 'Open House'

Sebulan di bulan Syawal ni banyak betul dpt jemputan ke open house. Tp tula dh ade baby ni terhad ckit ler nk ke open house. Bkn ape, sian kat Safiya dok usung dari satu umah ke satu umah, dgn skirt dan pastila headband xtinggal, cuaca yg panas ni.. Mmg ler mengundang kerimasan dan kemarahan si Safiya seterusnya mengamuk la die apa lg.

Rindu jgk zaman berdua je dgn daddy Safiya, bln Syawal mmg kami enjoy sakan dok join open house member2. Mmg jarang la xpegi, konvoi ngan member dari satu umah ke satu umah. Time raya ni jela nk kenal ngan member2 hubby dan kenalkan dia ngan member2 aku. Lgpun mkn free best sgt.. (kami ada umah favourite lg, tiap2 thn mesti p sbb masakan dia best2).

Kali ni beraya dengan Safiya maksimum 2 umah je blh pegi. Perangai baik dia blh tahan 2 jam je.. Mcm harini ada 3 jemputan dpt pegi 1 umah je sbb dia dh start meragam rimas ngan baju..hope member2 paham n sowy la klu xdpt pegi ke open house uolls..

Thn ni pun kami decide x buat open house. Sbb biasanya aku lbh suka masak mcm thn lepas..mak n ayah mertua aku pun dtg tlg masak. Menu utama kami nasi ayam n bihun sup. Perghhh.... Mmg terbaik la, sampai xckup la 10 kilo beras. Side dishes lak mcm2, yg aku igt ada apam polkadot, puding roti, truffle, tepung talam, sagu gula merah, dadih strawbery, rojak, popia grg, karamel... Huh ade lg tp aku x igt.. Yela 1st time wat open house msg2 nk keluarkan resepi.Credit to mak n ayah mertua, adikku zima, adik iparku intan yg tlg msk. Next year insyaallah kita wat ye, Safiya dh besar ckit.

Best kan wat mkn2 jamu org, nak plk bl tetamu yg dtg tu mkn bertambah2. Tu tandanya masakan kita best. Sampai ada yg kata 'klu buat open house jgn lupa jemput, kami nk dtg'..tgu ye kengkawan. Ada rezeki aku wat lg thn dpn.

Ni la gambar safiya yg kepenatan blk dr open house td dan gambar mommy tgh siapkan Safiya (ni kt epoh nk g open house pakcik Mi)..tgk la betapa rimasnya Safiya. Hamek kau sapa suh xdak rmbut dpn kna pkai headband gak.. Mommy xkire..nanti mommy nak org kata 'ololo..tomeynya Safiya'..